Monday, November 26, 2012

Kucai

Kucai

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.(copy paste dlm wikipedia)

Haaaa..tu dia.

Kucai ini saya suka tanam. Menjadi kegemaran la. Kalau berpindah kemana-mana saya akan pastikan ianya dibawa. Senang kadang-kadang petang petang teringin cucur goreng boleh gunting terus daunnya. Lagi satu kalau nak goreng ketiau (ejaan senang) tak payah susah-susah mencari daun ini. Selain itu bihun pon boleh untuk masak sayur pun boleh. Sayur yang taruh tauhu dan taugeh itu. Simple bukan.

Cara nak tanam senang saja. Pokok ini tak susah nak jaga. Untuk memperbanyakkan pokoknya cuma cucuk pada akar supaya terputus. Akan tumbuh anak pokok tak lama selepas itu. Untuk baja saya baja seminggu sekali. Siram ikut keadaan.

Herba Mat Saleh

Thyme



Inilah pokok thyme saya. Saya beli sewaktu makan angin di Cameron Highland hari itu. Untuk beberapa minggu sahaja pokoknya merimbun. Cara penanamannya sangat senang, cuma guna keratan batang. Saya ambil keratan batang yang sudah kehitaman bukan batang yang masih kehijauan. Saya cucuk ke pasu lain dan beberapa minggu saja ianya sudah menampakkan pucuk-pucuk baru. Sangat-sangat mudah untuk membiakkannya.

Thyme ini selalunya digunakan dalam masakan perancis. Biasanya digunakan dalam stew atau sup. Saya selalu masak daging burger saya perisakan dengan thyme. Kalau menonton televisyen masakan kebanyakan saya lihat thyme ini digunakan untuk membuat stew. kalau untuk masakan lain saya kene terokailah dahulu baru saya boleh cerita. hehehe.

Saya ada biakan thyme ini dan satunya saya hantar ke umah ibu saya. Untuk bulan pertama saya lihat perkembangannya sangat memuaskan tapi bila masuk bulan ke 2 ada tanda-tanda daunnya jatuh. Saya perhatikan rupanya ada serangga kala merah. Saya tak tahu la nama serangga itu. tapi ingat tak time kecil-kecil dahulu kita pernah main semut yang kaki dia bercantum dengan kaki semut satu lagi. Ish!saya nak terangkan nt lagi serabut nak faham. Saya panggil ianya serangga lah.

Rupa-rupanya serangga ini makan daun thyme. Bulan ketiga pula thyme saya dah tidak kelihatan di pasu. Tamatlah riwayat dia. Emm sedih.

Nasib baik pokok itu hanya biakan dari induknya. Kalau tak saya terpaksa la mencari balik pokok thyme ini.  Agak takut juga lihat pokok induk ini tanahnya ada semut hitam keluar masuk. Takut semut ini makan akar dia. Tapi bila lihat pokoknya subur saja, banyak tunas-tunas baru, lega jugalah.

Oregano

Inilah pokok kecintaan saya. Beli di blog Tuan Iskandar. Murah saja. Senang hidup. Jangan tak tahu. Guna tanah apa-apa pon menjadi.

Dengan sedikit oregano membuatkan spegeti saya enak tak terkata.

Cara pembiakannya saya pon tak tahu. Saya dapat yang Tuan Iskandar hantar pokok oregano lengkap, ada akar, ada daun dan dibungkus dalam plastik yang dibekalkan air dan oksigen untuk penghantaran selama 2hari itu. Saya tak pasti perlunya letak pokok ini di tempat redup. saya biarkan pokok ini ditempat yang panas. Nyata dia hidup dengan subur.

Kalau nak cerita tahap nutrien, keasidan tanah saya tak tahu pon. Saya cuma tahu masukan tanah yang beli kat nurseri dalam pasu dan tanam pokok ini. Seminggu sekali saya baja. Siram itu bergantung pada keadaan. Jika tanah masih lembab saya akan siram keesokannya.

Projek saya seterusnya ialah untuk menanam rosemary. Belian yang hari itu mati, tak tahu apa puncanya. Samalah dengan belian keratan batang dipasaraya. Semuanya tidak menjadi. Semaian basil amat mendukacitakan kerana baru saja tumbuh burung dah terkam. Samalah dengan pokok pudina saya, dah besar pun tapi mati sebab burung makan daunnya.

Nanti bila saya dah berjaya akan saya upload lagi.

Sunday, November 25, 2012

Salam Perkenalan

Assalammualaikum,

Saya sangat berminat bercucuk tanam. Suka sangat menanam sama ada jadi atau tidak itu belakang kira. Janji masa yang terluang dimanfaat sepenuhnya.

Tanaman yang saya suka sangat tanam adalah tanaman asas. Maksudnya tanaman untuk memasak. Contoh wajib untuk saya tanam pokok pandan, pokok kunyit, pokok kari, pokok limau purut dan pokok kucai. Memandangkan saya duduk di kuartes jadi saya tak dapat tanam pokok kesum, pokok serai dan pokok buah-buahan. Bukan apa, kawasannya terhad jadi saya terpaksa hadkan pokok yang wajib tanam saja saya listkan.

Tanaman asas ini saya tanam bagi memudahkan kerja-kerja memasak saya. Almaklum la ada kedai yang jual tapi ada kedai yang tak. Pernah sekali sewaktu saya mula-mula pindah saya terpaksa singgah beberapa kedai untuk cari daun pandan. bagi saya keadaan itu sangat susah. Bila saya dah tanam ianya sangat memudahkan kerja-kerja saya.

Saya ini sangat sayangkan pokok-pokok. Bila saya terlebih tanam atau terlebih semai saya akan pastikan saya bawa anak pokok tu ke umah ibu saya tuk tanam di sana. Manalah kan nak tanam di ruang bolkani saya yang sempit itu.

Hobi saya yang paling pelik, saya suka bercakap dengan pokok-pokok saya. Ianya bagaikan terapi ajaib saya. Hahahaa. Pelikkan tapi percayalah ianya sangat berkesan.

oklah. Seperti biasa keRATUmbuh ini adalah ciptaan dari nama RATU. Nama ratu ini adalah dari nama saya, Noraatun. Sama dengan ciptaan blog masakan saya RempahRATUs. Simple dan menarikkan?

Kecintaan saya pada pokok membawa saya menerokai alam siber ini. Penemuan blog-blog tanaman contoh Tuan Iskandar, Tukang Kebun, sangat-sangat menerujakan. banyak blog-blog lain yang aktif tapi saya senaraikan dua ini kerana saya ada order biji benih dan banyak info-info yang dapat kita belajar dari mereka ini.

Akhir kata, terciptanya blog tanaman ini sememangnya impian saya untuk berkongsi segala pengetahuan saya tentang tanaman dan sekaligus saya berharap ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kita semua. Amin!

Noraatun Mohamad Nor