Wednesday, February 27, 2013

DIY-Guna aje apa yang ada

Saya benci burung yang kelaparan makan pokok-pokok renek saya. Yang jadi mangsa pokok pudina pokok thyme dan pokok yang baru tumbuh. Kalau hari ini saya lihat pokok tu dah hidup. mula nampak daun yang pertama esok sure dah hilang. Saya geram sangat dengan burung-burung di sini. rasa nak buat rendang je..eh bolehke?

Tiba-tiba saya terfikir untuk buat begini...

Tak sangka burung tak reti makan kalau begini rupanya. Yahooooo!selamat pokok-pokok saya. 

saya sekarang dah taksub bila nampak botol. Saya nak gantung banyak lagi. Bagi penuh. Cara macam ini menjimatkan ruang. Luas sikit ruang bolkani saya.
Seronok tengok pokok selasih dah membesar. Dan seronok jugak tengok muka-muka kecewa sang burung. Hahaha. 

Sunday, February 17, 2013

Herba Mat Saleh part 2

Minggu lepas saya singgah ke nurseri. Terpandang satu pokok yang bersinar-sinar dari jauh. Saya perhati "eh!rosemary!". Lantas apa lagi saya terus bayar lah.

Sepanjang perjalanan balik saya senyum sorang- sorang.

inilah rosemary segera saya.

suka sangat suka.

Saya tahu amat susah untuk menanam rosemary ini. saya dah cuba tanam melalui keratan batang tapi tak berjaya. Dari saya menghabiskan duit beli keratan batang kat JJ tu lebih baik saya beli terus pokoknya.

Pokok induk ini juga jangan ingat dia boleh hidup. ada kawan-kawan yang beli mengadu pokok induk pon boleh mati. Itulah yang membuatkan saya takut sangat-sangat.

Pokok induk ini masih dalam keadaan baik. Cuma sekarang saya dalam proses untuk mengalih dalam pasu yang besar sedikit. untuk mengalihnya pokok ini kena siram 3kali sehari.

Nanti kalau saya berjaya mengalih saya akan post lagi.

KUNYIT

Salam bersiaran kawan,

Lama rasanya tidak bersiaran. rindu membuatkan saya berhenti fokus tentang kehidupan dan kembali ke dunia maya ini. Bukannya saya tiada masa untuk online tapi ketumpuan saya tidak kearah mengumpul bahan untuk diblog kan. akibatnya terkuburlah blog saya yang hangat-hangat taik ayam ni. tapi tak pe boleh buat baja kan? hahaha..


Kunyit 












Banyak khasiat kunyit yang kita perlu tahu. Dalam kunyit ada satu nutrien iaitu curcumin yang boleh mencegah kanser. Ada zat besi ada kalium dan ada vitamin B6. Bestkan.

cara penanaman senang sahaja. Saya guna anak pokok saja. Tanah campur. dan seminggu sekali baja. Siram setiap hari kerana kunyit memerlukan air yang banyak. Perasan tak yang kunyit boleh hidup segar bugar dalam keadaan tanah yang berair seperti di limbah.