Wednesday, January 15, 2014

KEMUNTING

Sewaktu saya kanak-kanak dahulu pokok inilah yang saya cari. Dulu belakang rumah dikampung banyak tumbuh. Bila masak je berebut-rebut makannya.

Sekarang pokok ini dah susah untuk dicari. Kalau ada pun di parit-parit sewaktu memancing ikan puyu dan haruan pun hanya ada pokok yang seakan-akan pokok ini. Rupanya begini.



Maaf saya tak tahu apa nama pokok ini ( LIhat gambar). Tapi saya tahu pokok itu tak boleh dimakan.

Orang cakap pokok kemunting ini kalau bunga nya kala putih jangan diambil. Sebab ada penunggu. Itu saya tak tahu la betul ke atau tidak.


 Lidah saya rasa buah kemunting ini rasanya sama dengan blackcurrant. Mungkin bagi anda lain tapi bagi saya tak banyak bezanya.


Untuk mengembalikan zaman kanak-kanak saya, maka saya beli dua pokok. Harganya RM12 sepokok. Saya beli disini dan disebabkan Lumut -Ipoh dekat sahaja jadi saya datang ambil sendiri.

Almaklum la kan pokok ini baru ja beli. Belum berbuah. Baru berbunga. Untuk anda yang jenuh memikir macam mana rupa buahnya di sini. Khasiatnya ada disini

7 comments:

  1. saya nak tanya soalan yang tak berkaitan dengan entry.. heee boleh kan?

    macamana cara u semai benih alpine strawberry. terus semai kat tanak or semai kat tisu then letak dalam peti ais dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya semai kat tisu dan letak dalam peti ais dalam 2 hingga 3 hari lepas tu saya tanam terus dalam pasu.. Ada org dia tanam terus dalam pasu pon hidup. ada org dia tanam guna sabut kelapa yang dibasahkan dalam bekas. sabut itu cukup2 menutupi biji stoberi. supaya biji stoberi tak tenggelam jauh dalam sabut. bila dah bercambah dalam sabut kelapa itu boleh pindahkan ke dalam pasu.

      Delete
  2. Dulu, itulah selingan waktu balik sekolah.... singgah dan makan!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Kebetulan sy buka laman ni dan terbaca so
    gambar pertama tu pokok senduduk
    buah boleh juga dimakan macam kemunting juga tapi
    haiwan spt burung selalunya makan buah senduduk itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius? boleh makan... oh saya tak tahu.

      Delete