Monday, February 3, 2014

Cerita Stoberi Lagi

Ini bukan buah pertama hasil dari stoberi yang saya tanam. Sudah banyak yang berbuah. Ingatkan yang merah itu nak tunggu la lagi merah supaya lagi manis. Tapi tak sempat diambil sudah hilang. Bila di tanya en Suami tersengeh-sengeh jawab. konfem la hilang dalam perut dia.

Pagi tadi buka saja pintu dah nampak merah-merah. Kali ini tak boleh tunggu lagi. Mesti makan kalau tak tak dapat la rasa manis stoberinya. Manis? betul yang dalam gambar ini manis rasanya. Maaf saya tak tahu asal usul pokok stoberi ini. Pokok ini saya jumpa sewaktu saya nak beli pasu. Tiba-tiba saya perasan pokok ini. Ayat punya ayat dapatlah 3pokok ini rm15.

Ini (gambar) stoberi tanah tinggi. Saya beli di Cameron Highland. Buahnya dalam manis ada masamnya. Bila gigit rasa manis lepas tu jadi masam. camtulah. Rasa cam makan gula-gula hantu gitu. hehehehe.



Jika anda tertanya tanya bagaimana saya tanam pokok stoberi di bolkani yang sempit ini, begini lah rupanya. Sebenarnya saya ini suka beli pokok macam-macam pokok saya beli, ada setengah saya hantar ke rumah mak. Dan ada (dalam gambar) yang saya perlu hantar ke rumah mak. Tapi bila mak saya bising-bising jadi saya stop hantar pokok kesana. Yelah! saya pon kena paham dia (mak) bukan larat nak siram pokok-pokok saya. Almaklumlah semua pokok dalam pasu. Hujan pun dah lama tak turun. 

Itulah kan. Tempatnye ciput minatnya besar. Haiya.

Itu tamak namanya. Pokok stoberi dah banyak beli lagi. hehehe. Ini lah stoberi tanah rendah yang saya katakan itu. Yelah anda semua kena paham mana boleh tahan bila tengok gambar ini. Tersenyum senyum sorang-sorang. Pokoknya belum Abang pos laju tu hantar gambar nya pon jadi. Ditatap hingga abis waktu kerja. Oh lupa pokok yang seakan-akan orkid itu ialah pokok Vanila. Saya tak biasa tanah pokok orkid, tapi mak mertua saya ckp orkid senang dijaga.

Ok terus terang saya sebenarnya malas nak bercerita harga terutama pokok yang mahal. Kalau pokok yang murah itu tak ada maslah. Sebab saya tak nak tahu ada tempat lain yang jual murah. Walaupon kadang-kadang secara tak sengaja saya dapat tahu ade tempat murah. Tapi saya tak menyesal sebab bagi saya mahal atau murah itu kan susah nak tentu. Kadang-kadang beli yang murah hidup itu rezeki kalau beli yang mahal tiba-tiba mati itu bukan rezeki lah. Kadang-kadang beli yang murah mati tapi beli yang mahal hidup. Macam beli sofa pula. Beli yang murah (cap ayam) cepat rosak beli yang mahal  kualiti elok. ish-ish geleng kepala.

Saya anggap itu rezeki masing-masing. Yang penting tanam tetap tanam. Kan?

4 comments:

  1. Murah rezeki banyak strawberry.

    Kalau dah minat memang tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah...memg tukang kebun..rasa xnak keje ofis dah..nak buat keje kebun je..hahahha...buat masa ni pokok ok..cuma ade beberapa serangan burung..dipatah-patahkan batang daun stoberi. tanam guna biji susah bebeno nak hidup..tapi saya cuba lagi tuk tanam..mane tau kali ini menjadi..

      Delete
  2. strawberry saya rajin berbunga saja tp lepas tu layu :(
    mana beli pokok vanila dan strawberry tanah rendah tu? nak gak cuba tanam. yg kat rumah ni strawberry dari CH. tak tahan cuaca panas kat sini agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ade banyak tempat jual pokok stoberi tanah rendah ini..ade mahal ade murah..pilih mne nak? untuk vanila pon sama. email saya nora_kylemn@yahoo.com.

      Delete