Wednesday, January 15, 2014

KEMUNTING

Sewaktu saya kanak-kanak dahulu pokok inilah yang saya cari. Dulu belakang rumah dikampung banyak tumbuh. Bila masak je berebut-rebut makannya.

Sekarang pokok ini dah susah untuk dicari. Kalau ada pun di parit-parit sewaktu memancing ikan puyu dan haruan pun hanya ada pokok yang seakan-akan pokok ini. Rupanya begini.



Maaf saya tak tahu apa nama pokok ini ( LIhat gambar). Tapi saya tahu pokok itu tak boleh dimakan.

Orang cakap pokok kemunting ini kalau bunga nya kala putih jangan diambil. Sebab ada penunggu. Itu saya tak tahu la betul ke atau tidak.


 Lidah saya rasa buah kemunting ini rasanya sama dengan blackcurrant. Mungkin bagi anda lain tapi bagi saya tak banyak bezanya.


Untuk mengembalikan zaman kanak-kanak saya, maka saya beli dua pokok. Harganya RM12 sepokok. Saya beli disini dan disebabkan Lumut -Ipoh dekat sahaja jadi saya datang ambil sendiri.

Almaklum la kan pokok ini baru ja beli. Belum berbuah. Baru berbunga. Untuk anda yang jenuh memikir macam mana rupa buahnya di sini. Khasiatnya ada disini

Apple

Agak mengarut bila nak menanam epal dalam keadaan cuaca di Malaysia tambah-tambah lagi ditempat saya di Lumut, Perak.

Tapi itulah.

Kerana teringin sangat maka saya pon belilah sepokok epal yang telah digrafted. Berharga RM50. Epal jenis anna.


Hari tu entah macam mana tiba saya ada terbaca satu artikel. Saya pon cubalah menyimpan biji benih dalam peti ais dalam tisu basah. Seminggu selepas itu dah bercambah.

Saya tak sangka pula dia boleh hidup. Sangat cepat membesar. 


 Tapi yang kelakarnya saya lupa ini epal hijau atau epal merah. Terlupa nak labelkan.

Untuk anda yang berminat menanam pokok epal saya sarankan anda tahu untuk mengendalikan pokok ini. Saya sertakan pembacaan di sini dan di sini.

Sebenarnya saya bukan tanam saja-saja. Menghabis duit untuk sebatang pokok. Saya nak buktikan pada mentaliti kominiti saya bahawa pokok ini memang boleh hidup. Malah boleh berbuah dan buahnya manis.

Yelahkan. Pokok saya masih kecil. Nak tunjuk kat orang pon orang tak percaya. Tunggu pokok saya berbuah tentu diorang akan lebih teruja kan?

Percaya atau tidak telah ada yang menanamnya dan telah pun berbuah. Seperti brader ni. kakak kita ini. Dan tentulah cikgu kita ini. Dan ada segelintir yang tidak dihebahkan melalui blog.

Bak kata cikgu kita ini pokok epal yang kita tanam selama 6 bulan ini dah elok untuk digrafted kan. Dia saran kita buat muka kesian dekat pekerja di Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highland untuk diberi batang pokok yang dah matang (berbuah) untuk dicantum dengan pokok kita. Lagi baik kalau pekerja itu mengraftedkannya.

Oklah. Ini sahaja yang saya tahu pasal pokok Epal.

ABIU

Minggu lepas saya pergi rumah kakak ipar di Damansara. Perjalanan dari Felda Lasah ambik mak Mertua terus lalu highway. Dah lalu highway, inilah peluang saya nak singgah di RNR Tapah. Mencari buah Abiu. Pembacaan saya di situ ada jual buahnya.

Sedap rasanya. Susah nak gambarkan. Banyak gerai disitu. Ada yang jual sekilo RM8. RM10 dan RM 12. Pasti yang murah tu habis dahulukan. Saya dapat RM10 sekilo. Adalah dalam 2 biji. Ok la kan?

Bijinya. Pasti disimpan. Tapi jangan simpan lama-lama. Bijinya tahan 2hari saja dalam keadaan kering. Lepas makan terus tanam. Jangan tunggu-tunggu.

Bagi anda yang susah untuk ke sana, saya ada terjumpa blog ini. Saya intai dia ada jual pokok abiu dan macam-macam pokok yang saya dah list pendek. hehehee.

Jika anda rajin sila la baca komen-komen disini

Baca khasiatnya disini

Abiu

Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga boleh dijumpai di Malaysia. Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.
Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai "puting" yang pendek sebelah bawah buah, tangkai buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang.[1]
Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang. Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun cantuman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui biji benih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.[1]

(Copy n Paste)

Tuesday, January 14, 2014

Pembelian Online

Kebanyakan orang macam saya menghabiskan masa berintenet. Saya jarang singgah ke Nurseri. Kalau singah pon hanya untuk beli pasu sahaja. Kadang-kadang dah niat nak beli pasu tersangkutlah beli biji benih, baja dan sewaktu dengannya.

Tumpuan saya pada mulanya ialah pokok herba. Herba yang mula-mula saya cari adalah Rosemary. lepas saya berjaya menanamnya saya teruja pulak menerokai herba-herba mat saleh ini seperti Oregano dan Thyme. Selepas itu saya cari pokok Basil bila dah ada saya cari pula pokok-pokok herba yang lain seperti Pudina dan Pepermint. Bukan pokok herba mat saleh aje yang saya tanah. lidah melayu kalau tak kena herba melayu rasa tak sempurna jugakan. Lagipon herba melayu atau herba asia ini adalah kegunaan dalam masakan sehari-harian kita. Malah saya membesar dengan herba-herba ini. Antaranya seperti pokok Kari, Limau Purut, Kunyit, Kucai, Bunga Telang, Serai, Bunga Kantan dan macam-macam lagi.

Selepas herba minat saya beralih kepada keterujaan menerokai pokok buah temperate dan pokok buah yang unik. Bermula dengan pokok stoberi, saya diperkenalkan dengan pokok Mentega (Kuning Telur). Selepas itu bermacam-macam pokok saya jumpa. Seperti pokok Ceri terengganu, Ceri Acerola (Barbados), pokok Epal jenis Anna, pokok Lemon, pokok Tin (jenis RI, GJ, PJ, MD dan Flander), Anggur jenis Isabella madu,  Limau Sunkist, pokok Mulberi, pokok Namnam dan Kemunting. Yang terbaru saya beli pokok ulam tenggek burung atau nama lainnya cabang tiga. Pokok Avokado, pokok Vanila, dan Stoberi tanah rendah dalam proses pembelian.

Untuk tahun 2014 ini antara pokok yang saya nak tanam adalah pokok Abiu, pokok Zaitun, pokok Blackberry, pokok Belinjau dan pokok Binjai.
Sumber pembelian Pertama saya ialah Tukang Kebun. Antara pembelian dengan tukang kebun ialah pokok Mentega, pokok Lemon, dan pokok Ceri Terengganu. Biji benih pula, Sengkuang, Salad, Sawi Jepun, Arugula, Alpine Stoberi, pokok Cotton, Radish, dan macam-macam lagi yang akan menerujakan anda. Lawatilah blognya. Pasti sangat berbaloi. (Lihat gambar). Bestnya beli dengan tukang kebun sebab tukang kebun suka bagi hadiah. Dia suka beri 1pack biji benih dalam setiap belian. Saya suka sebab biji benih yang tukang kebun jual bukan senang nak jumpa di pasaran.

akan datang saya nak beli biji benih aparagus pula.


Kedua tentulah Tanam Sendiri. Antara pembelian dengan En Iskandar ialah pokok Stoberi, keratan batang Mulberi, Oregano, Rosemary dan biji benih betik sekaki, tomato cherry, dan banyak lagi.







Ketiga sumber rujukan saya ialah Cikgu Fauzan. Saya diperkenalkan dengan pokok Tin. Pembelian pokok Tin yang pertama saya beli jenis Red Israel. Pokok tin jenis Xinjiang nanti cikgu simpankan untuk saya ya!

Keempat tentulah orang kampung saya. Tak lain tak bukan Kebun anggur kak Saloma. Kalau dah tokey anggur dah tentu saya beli pokok anggur isabella tu dengan dia. Yang bestyer kak saloma ada jual macam-macam pokok seperti pokok Tin, Cherry Acerola, Epal India (Bidara), Epal Jepun, Stoberi, Raspberry, dan Mulberi.

Kelima pembelian pokok kemunting dan tenggek burung dengan kak SMRose. Tak sangka saya dapat free beberapa biji benih. Terima kasih! Akan datang saya nak order pokok Belinjau pula.


Ke enam saya beli pokok epal jenis anna ini dengan kak Maizah. Pokok epal ini telah pon di grafted. Bermakna pokok ini baru hidup 6bulan dan dicantum dengan batang yang dah matang untuk pembuahan cepat. Pokok epal ini hidup dalam cuaca temperate jadi kite kenalpasti time bila daunnya luruh, time bila musim berbunga. Leceh tapi nanti kalau dah berbuah dapat makan epal dari hasil tangan sendiri itu lebih mahal harganya kan?.

Saya tak pernah beli dengan empunya blog ini. Tapi saya selalu intai blognya. Teringin nak beli sepokok blackberry dan pokok Zaitun. Tapi risikonya sangat tinggi, biasalah pokok yang harga mahal begini dan keadaannya cuacanya takut-takut sampai kat tangan kita mati pula. dah tepuk dahi!.

Beberapa lagi penjual pokok yang saya dalam proses pembelian seperti pokok Vanila dan pokok avocado.
Mereka ini tiada blog. Saya beli melalui Facebook. Di lain entry nanti saya ceritakan.

Inilah sumber- sumber bagi anda yang baru berjinak-jinak nak jadi pekebun kecil-kecilan sebagai hobi. Moga jadi rujukan dan memudahkan pencarian anda. Saya pon pernah berhari-hari berbulan-bulan mencari maklumat berkenaan pokok yang saya cari dan pokok yang baru saya kenal. Tapi disebabkan informasinya sangat terhad dengan kekurangan saya berbahasa inggeris maka ianya sangat susah. Yelahkan kalau tanya pak google dan tentu dia senaraikan mat-mat saleh punyakan?. Lama-lama barulah saya jumpa group melayu ni. Berbulan tu! Dan saya rasa anda yang sewaktu dengan saya akan merasa apa yang saya rasa. Cewah!

Seronok berkebun menanam pokok yang unik berhabis beratus-ratusan ringgit dan menjadikan penanaman ini bukan sahaja hobi tapi sebagai sumber pendapatan.

Paling indah bila anda menanam sekaligus anda memberi pendidikan kepada masyarakat dan mengajak mereka menanam itulah yang paling bangga saya rasakan.

Dan Inilah matlamat saya.

Saya berharap satu hari nanti, saya dapat membuka nurseri menjual pelbagai jenis pokok. Paling utama saya nak mengajak komuniti di tempat saya menanam sayur, dan memastikan mereka tidak mengharapkan sayur yang ada dipasar-pasar. Sebab sangat memalukan bila anak-anak tidak tahu nama pokok sayur. sebab mereka dah terbiasa mencarinya di pasar dan bukannya dari dibelakang rumah.

Dan saya percaya anda semua mahu menanam, cuma anda tidak tahu mana nak dapat sumbernya.

Dengan semangat itu, secara kecil-kecilannya dulu saya hanya mampu berblog. Menghebahnya melalui blog. mengajak anda semua. Memberi sedikit maklumat dan anda juga memberi saya maklumat. Alangkah bagusnya begitu.

Stoberi (bacaan:Strawberry)

Pertama menanam stoberi sangat menduka citakan. Perasan konon-kononnya boleh hidup. Tapi tiada ilmu didada maka hanya bertahan 2 hari sahaja. Lepas itu gugur daunnya satu persatu. Begitu juga biji benih yang saya ada post bertajuk Alpine stoberi itu, ternyata itu bukan pokok stoberi, itu pokok pegaga! Nangis!

Kali kedua, selepas pembacaan banyak artikel, mengoogle, menelaah, akhirnya experimen kali kedua berjalan.

Beli 10 pokok dengan tanamsendiri.

Tip menanam pokok stoberi tanah tinggi

1- Pastikan pokok mendapat cahaya matahari (Tidak terlalu terik. Sekitar 20 darjah celcius)
2- Siram pagi dan petang.
3- Guna baja air
4- Buah jangan kena tanah. lapik dengan sabut atau batu. Lagi mudah balutkan buah.
5- Pastikan sulurnya matang baru boleh potong.



Saya bukan pakar tapi inilah hasil pemerhatian saya. 

Saya cuma menanam mengunakan biji benih. masih ingat biji benih yang adik saya bagi dari Republic Czech. Saya tanam mengunakan teknik simpan dalam peti sejuk. Tapi malangnya, tidak bercambah-cambah. 

Saya beli biji benih lagi dari tukang kebun (Alpine Stoberi). Kali ini Saya guna teknik yang sama simpan dalam peti selama 2 atau 3 minggu lepas itu saya semai dalam pasu. Terkejut saya esoknya bercambah. Banyak. Teruja!

Tapi sebab saya cuti balik kampung 4hari bila saya balik lihat pokoknya dah hilang. Saya terlupa burung yang selalu mencari makan dibolkani saya. Dan ada pokok dicelah2 batu yang hidup tanpa diusik burung, tapi itu pon tak dapat hidup. Saya tak tahu kenapa.

Dalam simpanan saya ada 2 pack biji benih stoberi. Saya akan semai dan kali ini saya akan lebih berhati-hati. Andai saya berjaya, pasti saya akan hebahkan dalam entry yang akan datang. Hehe.

Jangan takut untuk menanam stoberi sebab dah terbukti dan ramai yang telah berjaya menanamnya. Seperti master kita Joe Jalil (Stoberi tanah tinggi,Simpang Pulai), Tukang kebun (Alpine Stoberi, Sungai Buloh), kak Sarah (Alpine Stoberi dan stoberi tanah rendah, Rawang) dan ramai lagi.

Dan jika anda teringin nak tanam stoberi dan anda takut tidak berjaya saya rekomenkan anda membeli stoberi tanah rendah. Tapi stoberi tanah rendah sangat mahal. tapi risiko sangat kurang.

Seronoknya tanam stoberi ini sebab saya beli 10 pokok dan sekarang dalam koleksi saya ada 23 pokok sebab sulurnya banyak. Rasa nak penuhkan bolkani saya tu dengan stoberi je! Osem kan?

Seterusnya projek saya untuk tanam stoberi tanah rendah. Dan seterusnya saya akan semai biji benih Alpine stoberi. Harap-harap saya berjaya!