Kebanyakan orang macam saya menghabiskan masa berintenet. Saya jarang singgah ke Nurseri. Kalau singah pon hanya untuk beli pasu sahaja. Kadang-kadang dah niat nak beli pasu tersangkutlah beli biji benih, baja dan sewaktu dengannya.
Tumpuan saya pada mulanya ialah pokok herba. Herba yang mula-mula saya cari adalah Rosemary. lepas saya berjaya menanamnya saya teruja pulak menerokai herba-herba mat saleh ini seperti Oregano dan Thyme. Selepas itu saya cari pokok Basil bila dah ada saya cari pula pokok-pokok herba yang lain seperti Pudina dan Pepermint. Bukan pokok herba mat saleh aje yang saya tanah. lidah melayu kalau tak kena herba melayu rasa tak sempurna jugakan. Lagipon herba melayu atau herba asia ini adalah kegunaan dalam masakan sehari-harian kita. Malah saya membesar dengan herba-herba ini. Antaranya seperti pokok Kari, Limau Purut, Kunyit, Kucai, Bunga Telang, Serai, Bunga Kantan dan macam-macam lagi.
Selepas herba minat saya beralih kepada keterujaan menerokai pokok buah temperate dan pokok buah yang unik. Bermula dengan pokok stoberi, saya diperkenalkan dengan pokok Mentega (Kuning Telur). Selepas itu bermacam-macam pokok saya jumpa. Seperti pokok Ceri terengganu, Ceri Acerola (Barbados), pokok Epal jenis Anna, pokok Lemon, pokok Tin (jenis RI, GJ, PJ, MD dan Flander), Anggur jenis Isabella madu, Limau Sunkist, pokok Mulberi, pokok Namnam dan Kemunting. Yang terbaru saya beli pokok ulam tenggek burung atau nama lainnya cabang tiga. Pokok Avokado, pokok Vanila, dan Stoberi tanah rendah dalam proses pembelian.
Untuk tahun 2014 ini antara pokok yang saya nak tanam adalah pokok Abiu, pokok Zaitun, pokok Blackberry, pokok Belinjau dan pokok Binjai.
Sumber pembelian Pertama saya ialah
Tukang Kebun. Antara pembelian dengan tukang kebun ialah pokok Mentega, pokok Lemon, dan pokok Ceri Terengganu. Biji benih pula, Sengkuang, Salad, Sawi Jepun, Arugula, Alpine Stoberi, pokok Cotton, Radish, dan macam-macam lagi yang akan menerujakan anda. Lawatilah blognya. Pasti sangat berbaloi. (Lihat gambar). Bestnya beli dengan tukang kebun sebab tukang kebun suka bagi hadiah. Dia suka beri 1pack biji benih dalam setiap belian. Saya suka sebab biji benih yang tukang kebun jual bukan senang nak jumpa di pasaran.
akan datang saya nak beli biji benih aparagus pula.
Kedua tentulah
Tanam Sendiri. Antara pembelian dengan En Iskandar ialah pokok Stoberi, keratan batang Mulberi, Oregano, Rosemary dan biji benih betik sekaki, tomato cherry, dan banyak lagi.
Ketiga sumber rujukan saya ialah
Cikgu Fauzan. Saya diperkenalkan dengan pokok Tin. Pembelian pokok Tin yang pertama saya beli jenis Red Israel. Pokok tin jenis Xinjiang nanti cikgu simpankan untuk saya ya!
Keempat tentulah orang kampung saya. Tak lain tak bukan Kebun anggur
kak Saloma. Kalau dah tokey anggur dah tentu saya beli pokok anggur isabella tu dengan dia. Yang bestyer kak saloma ada jual macam-macam pokok seperti pokok Tin, Cherry Acerola, Epal India (Bidara), Epal Jepun, Stoberi, Raspberry, dan Mulberi.
Kelima pembelian pokok kemunting dan tenggek burung dengan kak
SMRose. Tak sangka saya dapat free beberapa biji benih. Terima kasih! Akan datang saya nak order pokok Belinjau pula.
Ke enam saya beli pokok epal jenis anna ini dengan
kak Maizah. Pokok epal ini telah pon di grafted. Bermakna pokok ini baru hidup 6bulan dan dicantum dengan batang yang dah matang untuk pembuahan cepat. Pokok epal ini hidup dalam cuaca temperate jadi kite kenalpasti time bila daunnya luruh, time bila musim berbunga. Leceh tapi nanti kalau dah berbuah dapat makan epal dari hasil tangan sendiri itu lebih mahal harganya kan?.
Saya tak pernah beli dengan empunya
blog ini. Tapi saya selalu intai blognya. Teringin nak beli sepokok blackberry dan pokok Zaitun. Tapi risikonya sangat tinggi, biasalah pokok yang harga mahal begini dan keadaannya cuacanya takut-takut sampai kat tangan kita mati pula. dah tepuk dahi!.
Beberapa lagi penjual pokok yang saya dalam proses pembelian seperti pokok Vanila dan pokok avocado.
Mereka ini tiada blog. Saya beli melalui Facebook. Di lain entry nanti saya ceritakan.
Inilah sumber- sumber bagi anda yang baru berjinak-jinak nak jadi pekebun kecil-kecilan sebagai hobi. Moga jadi rujukan dan memudahkan pencarian anda. Saya pon pernah berhari-hari berbulan-bulan mencari maklumat berkenaan pokok yang saya cari dan pokok yang baru saya kenal. Tapi disebabkan informasinya sangat terhad dengan kekurangan saya berbahasa inggeris maka ianya sangat susah. Yelahkan kalau tanya pak google dan tentu dia senaraikan mat-mat saleh punyakan?. Lama-lama barulah saya jumpa group melayu ni. Berbulan tu! Dan saya rasa anda yang sewaktu dengan saya akan merasa apa yang saya rasa. Cewah!
Seronok berkebun menanam pokok yang unik berhabis beratus-ratusan ringgit dan menjadikan penanaman ini bukan sahaja hobi tapi sebagai sumber pendapatan.
Paling indah bila anda menanam sekaligus anda memberi pendidikan kepada masyarakat dan mengajak mereka menanam itulah yang paling bangga saya rasakan.
Dan Inilah matlamat saya.
Saya berharap satu hari nanti, saya dapat membuka nurseri menjual pelbagai jenis pokok. Paling utama saya nak mengajak komuniti di tempat saya menanam sayur, dan memastikan mereka tidak mengharapkan sayur yang ada dipasar-pasar. Sebab sangat memalukan bila anak-anak tidak tahu nama pokok sayur. sebab mereka dah terbiasa mencarinya di pasar dan bukannya dari dibelakang rumah.
Dan saya percaya anda semua mahu menanam, cuma anda tidak tahu mana nak dapat sumbernya.
Dengan semangat itu, secara kecil-kecilannya dulu saya hanya mampu berblog. Menghebahnya melalui blog. mengajak anda semua. Memberi sedikit maklumat dan anda juga memberi saya maklumat. Alangkah bagusnya begitu.