Tuesday, December 31, 2013

TIN - Pokok Termahal

Assalamualaikum,

Salam bersiaran

Bermula dengan minat maka diterjemahkan melalui usaha-usaha menjejaki beberapa pokok yang agak susah didapati di Malaysia tetapi boleh hidup dalam suasana dan cuaca disini.

Buktinya ialah pokok TIN

Tin?pokok Tin?wattin ni waizaitun?

Ya!..ya pokok Tin.

Agak berapa sangsi bila mereka bertanyakan pokok yang ada di tangan saya.

Ya. Ini pokok tin jenis Red Israel. Pokok tin yang pertama saya dapat.

Pokok ini saya dapat dari Cikgu Fauzan. Harganya memang mahal semahal khasiat buahnya. Buah yang diturunkan dari syurga. baca khasiatnya disini. dan disini

Maaf saya tak dapat masukkan gambarnya disini. Gambarnya akan saya upload di lain entry. Untuk penutup tahun 2013 ini saya tutup dengan pokok yang termahal ini.

Ya. Bila berbicara harganya ia sungguh mahal. anggaran dalam RM150-RM300 sepokok. Terkejut bukan? tapi itulah harganya di Malaysia.

Untuk yang berminat anda boleh dapatkan dalam Facebook group pokok tin. Semua maklumat boleh ditanya pada master-master disitu.

Sekianlah untuk cerita kali ini...jumpa tahun depan!!!