Monday, March 23, 2015

KEMBALI setelah lama menyepi

Salam bersiaran.

Tak sangka untuk amik mood menulis kali ini lama sungguh.

Ada sesekali jenguk blog ini tapi tengok2 aje. Banyak jugak pageviews kat pembelian online. Setiap hari ade saje yg pageviews.

Pembelian online baca disini.

Untuk pembuka mukadimah saya tertarik untuk memudahkan jalan cerita pembelian online anda dalam pencarian pokok-pokok dan biji benih.

Sumber pertama.
Kebun Bahagia Bersama. Link

Anda akan berkenalan dengan pokok-pokok nadir (seperti namnam, kuning telur, ceri terengganu), pokok-pokok bunga, pokok herba dan bermacam biji benih dan ilmu yang tukang kebun kongsi bersama. Hebatkan?

Dalam blog ini anda akan dapati komen-komen dari satu kumpulan ibu-ibu yang mempunyai minat yang sama dan menyokong antara satu sama lain.

Sumber kedua.
Cikgu Fauzan. Link

Taman temperate. Dah tentu jual pokok yang temperate. Seperti pokok lai, epal, pear, dan plum. Cikgu juga adalah pakar pokok tin. Malah baru-baru ni dia menjual pokok kurma. Selain itu anda akan nampak keterujaan beliau dalam mengumpul koleksi pokok-pokok yang tak pernah ada di Malaysia seperti seperti Jaboticaba. Hebatyer pokok ini dalam 9biji ade 9rasa dan berlainan warna. Subahanallah! hebat.

Sumber ketiga.
Puan Maizah. Link

Sape tak kenal kan dah beberapa kali masuk TV. koleksi pokok tin banyak. Bermacam-macam jenis. Ada juga mnjual pokok epal dan angur.

Sumber keempat.
Tanam Sendiri. Link

Blog ini adalah blog yang terawal yang saya kenal. Dari menjual biji-biji benih, anak-anak pokok sehingga mengeluarkan beberapa buku.

Sumber kelima. link
Semua Menjadi

Orang Ipoh. Pembelian pokok kemunting memperkenalkan saya dengan empunya blog.

Sumber ke enam. Link
Saloma

Ladang anggur yang terkenal di Manjung/Sitiawan. Terletak di Lekir. Sekampung dengan saya. Kalau Hari Peladang tu tempat kak Saloma la ramai orang. Teruja kan sebab pokok-pokok kak saloma kan lain dari yang lain.

Sumber ketujuh.
Link

Saya adalah orang yang selalu intai blog yer. Belum berkesempatan membeli pokok. Anda pasti teruja dengan koleksi yang ada. pokok kiwi pon ada tau! pokok zaitun lah yang saya idam-idamkan tapi tak tau berapa harganya.

Sumber Kelapan.
Stevia Healthysweetness. Link

Anda akan dapat lagi banyak pokok nadir atau pokok yang anda tak pernah dengar seperti pokok peanut butter, pokok longan brazil, pokok vanila dan macam-macam lagi. Pasti anda sangup berhabis duit untuk pokok-pokok tersebut. Memang terbaik!

Sumber kesembilan.
Joe Jalil. Link

Kepada anda yang sukakan konsep hidroponik. Anda belilah disini. Perkenalan saya dengan Abang Joe ni bermula minat menanam pokok stoberi. Sekarang dah jadi tokey produk hidroponik. Sangat-sangat terbaik.

Sumber kesepuluh.
Link

Yang ini lagi best. Dia jual biji benih je. Bermacam-macam bunga, herba, pokok sayur yang anda pasti suka. sepeket hanya rm2! berbaloi-baloi.

Rasanya ini saja la link yang akan menambah keterujaan anda untuk menanam. Bak kata pepatah melayu berbudi pada tanah ada manfaatnya.

Saya berharap perincian ini dapat membantu anda. kalu ada link yang hendak anda kongsikan sila la beritahu saya.

Sunday, July 6, 2014

Berhenti seketika

Saya disahkan hamil dan sekarang sudah masuk 14minggu.

Saya mintak maaf jika ade email dan komen yang tidak berjawab.

Sehingga hari ini saya mempunyai alah yang sangat pelik. Saya tak nak sentuh pokok-pokok saya. Saya rasa loya. Saya tak tahu kenapa tapi mungkin disebabkan hormon saya yang tidak stabil ini.

Sampaikan nak buka blog pon susah bagi saya apatah lagi nak buka blog-blog kawan-kawan.

Ada banyak pokok yang perlu saya cerita. tapi saya fikir eloklah saya tunggu keterujaan saya kembali semula.

Saya sebenarnya tak sangka blog saya ini dapat perhatian. Setiap hari ada saja pageviews. mungkin saya perasan tapi bagi saya untuk blog baru belajar macam saya 11ribu pageviews tu sudah cukup buat saya gembira. :) Terima kasih pada anda yang telah gembirakan saya.

Saya akan meneruskan kecintaan saya pada tumbuhan. Tapi buat masa sekarang saya terpaksa berhenti seketika. Harap anda semua masih setia menanti di blog ini.

Sekian, salam sayang dari saya.

Wednesday, February 12, 2014

Fenomena Stoberi

Saya sangat teruja dan sangat bangga bila mengunjungi Facebook Geng Stoberi Tanah Rendah. Anda tahu kenapa? sebab anda bercerita dengan orang yang sama minat dengan anda. Terasa mereka-mereka ini adalah keluarga saya. Berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat.

Dan ternyata sebenarnya sudah ramai yang cuba menanam stoberi dan berhasil. Satu tabik untuk mereka yang berjaya menanam stoberi tanah tinggi di tanah rendahkan. Umpama mat salleh London (Oh My English) berhijrah ke Malaysia. Ewah. Maksud saya berlaku pertukaran cuaca, budaya dan makanan. Yelah mula-mula datang Malaysia mesti nak makan westren kan? tapi lama-lama boleh la makan sambal belacan. Tak gitu?

Jika anda tanam stoberi tanah rendah itu dah tak menjadi masalah. Kerana stoberi ini dah biasa dengan udara kering dan suhu yang tinggi. Namun begitu stoberi ini juga kena diberi perhatian yang penuh. Kadang-kadang elok didedahkan pada suhu yang tinggi dan kadang-kala elok berada ditempat yang redup untuk pembuahan yang lebih besar.

Ada yang meragui bila melihat saya tanam pokok stoberi. Boleh hidup ke? tanam dalam peti ais ke? letak dalam bilik air ke? dan jangan ketawa bila saya cakap saya pernah bawa masuk pokok stoberi dan diletakan di dalam bilik air. Sewaktu permulaan saya cuba menanam. Yelah Memang mati la pokok tu sebab tak dapat cahaya matahari.

Tips bagi anda yang baru menanam stoberi yang saya boleh kongsikan ialah pastikan pokok ini berada pada kelembapan yang sepatutnya. Dapat cahaya dalam 3-5jam. Pembajaan dan halang dari terkena serangan penyakit.

Untuk kita yang menanam secara organik ini, perhatikan buah pada mulanya besar tapi semakin lama semakin kecik, buahnya dah merekot dan tak cantik. Jangan takut. Itu adalah perkara biasa bagi pembajaan organik. Biasanya pokok stoberi terdedah dengan penyakit. Secara organiknya jika anda nampak pokok anda layu berpenyakit lebih baik anda buang supaya tidak berjangkit dengan pokok-pokok yang lain.

Cara penanaman stoberi yang paling bagus adalah secara fertigasi dibawah sistem perlindungan hujan (SPH). Lebih efektif dan meningkatan kualiti serta kuantiti. Seingat saya ada satu artikel yang memberitahu bahawa untuk pemdebungaan pokok stoberi tidak boleh terdedah pada hujan. Ianya boleh merosakan sistem pemdebungaan.

Betul kata Joe Jalil, admin geng facebook stoberi ini, tanam stoberi ada karen. Renjatan elektrik. Jangan takut renjatan ini renjatan yang tidak menyakitkan. Malah anda akan rasa sebelum pergi kerja wajib tengok pokok stoberi dan snap beberapa gambar, dalam ofis upload gambar yang anda ambil tadi dan bercerita dengan group tersebut. Kalau ada yang jual pokok stoberi anda terus order walaupon anda baru saja beli pokok stoberi. Anda terus beli dan beli. Tidak sekadar beli online waktu rehat anda singgah ke nurseri untung-untung ada pokok stoberi lagi. Jam pukul 5 dah tak sabar nak balik rumah. Sampai rumah terus tengok pokok. belek-belek pokok dan sembang-sembang cinta dengan pokok, belai-belai, bagi baja, sembur neem oil. Leka sampai lupa masak untuk suami. Esok ulang benda yang sama. Kalau ada buah stoberi lebih bekalkan dalam bekas nasi anak untuk pencuci mulut. Wah gitu! nampak mat salleh sikit.

Apa lagi yang saya tertinggal?

Cerita pasal sulurnya. Bila nak putuskan sulurnya? orang kata cerai susu. Eceh!. Bagi saya anda boleh biarkan sulur pertamanya sudah mengeluarkan 5 atau 6 daun itu adalah yang paling baik untuk putuskan sulurnya. Saya pernah potong sulur yang baru 3 dan 4 daun tapi tempoh pembesarannya agak lambat.

Pembajaan pula seeloknya pakai baja cecair. Saya punya baja namanya Bio One. Saya beli dekat pasar Sabtu di tempat saya. Harganya agak mahal botol kecil sahaja 250ml RM15. Tapi pengunaannya sedikit 2ml untuk 2liter air. Jika anda tidak jumpa baja cecair anda boleh guna baja bulat-bulat itu direndam dalam air. dan airnya anda siram pada pokok. Mujarab juga. Tambah perlite lagi bagus.

Bermula tanam pokok stoberi adalah kerana suka-suka. Bila dah hidup beranak-pinak timbul satu perasaan bangga yang tak boleh cerita sampai saya tanam pada sudut yang orang atas rumah saya boleh nampak. Nampak tak perasaan riak saya yang tidak boleh dikawal. Hahaha. Dan Allah itu maha mengasihani saya. Datang burung-burung lepak atas pokok stoberi saya dan mematah matahkan daunnya. Yang peliknya sudut riak saya itu yang burung kerjakan. Pokok stoberi saya yang lain tidak kena pon.

Itu la padahnya bila ada perasaan nak menunjuk. Astafirullah!

Moralnya pokok ini hidup atas kehendakNya. Berniat baiklah. Sesungguhnya rezeki itu datang dariNya.

Lobak Merah ( Bacaan: Carrot)






kecil je kan? tapi ini la yg ada. Yang lain lebat daunnya tapi tak ada pon lobaknya.

Walaupon kecil tapi saya sangat puas hati. Kecil-kecil ini pun saya dah rasa bangga. Rasa kerek sikit. Ehemm.

Anda nampak tak saya tanam garfu? itu adalah untuk mengelakkan kucing atau ayam lepak kat dalam bekas itu. Almaklum la tempat camtu kan diorang suka guling-guling. 

Asal usul benih ini saya dapat dari adik saya yang berlajar di Republic Czech

Jangan tanya saya kenapa dipanggil lobak merah padahal warnanya jingga atau oren. Sebab saya tak tahu la kenapa.

Bagus lobak ini untuk mata. Sebab dia ade vitamin A. Vitamin A dalam lobak antara fungsinya adalah membina pigmen bagi penglihatan pada waktu malam. Itu sebablah mak-mak kita bagi kita makan lobak dari mula kita makan bubur semasa bayi hinggalah sekarang. Dan nak dijadikan cerita anak saya, Lisa saya bagi dia makan bubur yang ada campuran lobak ini, malam-malam dalam bilik tidur yang gelap dia boleh nampak puting dia dimana. Sungguh! Memang betul. 

Bukan mata saja lobak juga anti kanser, boleh kurangkan kolestrol, boleh kurangkan gula dalam badan, mengurangkan risiko sakit jantung dan menbantu penghadaman.

Tuesday, February 11, 2014

TIN

Salam bersiaran.



Mula-mula saya tanam pokok Tin adalah dari jenis Red Israel. Lepas itu saya beli Flander.



Tak lama lepas itu saya beli Purple Jordan. Masui D dan Green Jordan. Habis saya keluarkan duit Euro yang saya tabung semata-mata nak beli pokok ini.



Cuma untuk sedapkan hati. Tak apalah. Nak jelajah Europe lambat lagi. pokok ini kalau dah besar ditut boleh dapat berlipat ganda Euronya.

Pada mulanya untuk saya satu pokok dah memadai. tapi yelah bila tengok pokok tin orang macam-macam jenis rasa kita pon nak begitu.

Saya punya pokok kecil lagi belum berbuah.

Monday, February 3, 2014

Cerita Stoberi Lagi

Ini bukan buah pertama hasil dari stoberi yang saya tanam. Sudah banyak yang berbuah. Ingatkan yang merah itu nak tunggu la lagi merah supaya lagi manis. Tapi tak sempat diambil sudah hilang. Bila di tanya en Suami tersengeh-sengeh jawab. konfem la hilang dalam perut dia.

Pagi tadi buka saja pintu dah nampak merah-merah. Kali ini tak boleh tunggu lagi. Mesti makan kalau tak tak dapat la rasa manis stoberinya. Manis? betul yang dalam gambar ini manis rasanya. Maaf saya tak tahu asal usul pokok stoberi ini. Pokok ini saya jumpa sewaktu saya nak beli pasu. Tiba-tiba saya perasan pokok ini. Ayat punya ayat dapatlah 3pokok ini rm15.

Ini (gambar) stoberi tanah tinggi. Saya beli di Cameron Highland. Buahnya dalam manis ada masamnya. Bila gigit rasa manis lepas tu jadi masam. camtulah. Rasa cam makan gula-gula hantu gitu. hehehehe.



Jika anda tertanya tanya bagaimana saya tanam pokok stoberi di bolkani yang sempit ini, begini lah rupanya. Sebenarnya saya ini suka beli pokok macam-macam pokok saya beli, ada setengah saya hantar ke rumah mak. Dan ada (dalam gambar) yang saya perlu hantar ke rumah mak. Tapi bila mak saya bising-bising jadi saya stop hantar pokok kesana. Yelah! saya pon kena paham dia (mak) bukan larat nak siram pokok-pokok saya. Almaklumlah semua pokok dalam pasu. Hujan pun dah lama tak turun. 

Itulah kan. Tempatnye ciput minatnya besar. Haiya.

Itu tamak namanya. Pokok stoberi dah banyak beli lagi. hehehe. Ini lah stoberi tanah rendah yang saya katakan itu. Yelah anda semua kena paham mana boleh tahan bila tengok gambar ini. Tersenyum senyum sorang-sorang. Pokoknya belum Abang pos laju tu hantar gambar nya pon jadi. Ditatap hingga abis waktu kerja. Oh lupa pokok yang seakan-akan orkid itu ialah pokok Vanila. Saya tak biasa tanah pokok orkid, tapi mak mertua saya ckp orkid senang dijaga.

Ok terus terang saya sebenarnya malas nak bercerita harga terutama pokok yang mahal. Kalau pokok yang murah itu tak ada maslah. Sebab saya tak nak tahu ada tempat lain yang jual murah. Walaupon kadang-kadang secara tak sengaja saya dapat tahu ade tempat murah. Tapi saya tak menyesal sebab bagi saya mahal atau murah itu kan susah nak tentu. Kadang-kadang beli yang murah hidup itu rezeki kalau beli yang mahal tiba-tiba mati itu bukan rezeki lah. Kadang-kadang beli yang murah mati tapi beli yang mahal hidup. Macam beli sofa pula. Beli yang murah (cap ayam) cepat rosak beli yang mahal  kualiti elok. ish-ish geleng kepala.

Saya anggap itu rezeki masing-masing. Yang penting tanam tetap tanam. Kan?

Wednesday, January 15, 2014

KEMUNTING

Sewaktu saya kanak-kanak dahulu pokok inilah yang saya cari. Dulu belakang rumah dikampung banyak tumbuh. Bila masak je berebut-rebut makannya.

Sekarang pokok ini dah susah untuk dicari. Kalau ada pun di parit-parit sewaktu memancing ikan puyu dan haruan pun hanya ada pokok yang seakan-akan pokok ini. Rupanya begini.



Maaf saya tak tahu apa nama pokok ini ( LIhat gambar). Tapi saya tahu pokok itu tak boleh dimakan.

Orang cakap pokok kemunting ini kalau bunga nya kala putih jangan diambil. Sebab ada penunggu. Itu saya tak tahu la betul ke atau tidak.


 Lidah saya rasa buah kemunting ini rasanya sama dengan blackcurrant. Mungkin bagi anda lain tapi bagi saya tak banyak bezanya.


Untuk mengembalikan zaman kanak-kanak saya, maka saya beli dua pokok. Harganya RM12 sepokok. Saya beli disini dan disebabkan Lumut -Ipoh dekat sahaja jadi saya datang ambil sendiri.

Almaklum la kan pokok ini baru ja beli. Belum berbuah. Baru berbunga. Untuk anda yang jenuh memikir macam mana rupa buahnya di sini. Khasiatnya ada disini