Wednesday, February 12, 2014

Lobak Merah ( Bacaan: Carrot)






kecil je kan? tapi ini la yg ada. Yang lain lebat daunnya tapi tak ada pon lobaknya.

Walaupon kecil tapi saya sangat puas hati. Kecil-kecil ini pun saya dah rasa bangga. Rasa kerek sikit. Ehemm.

Anda nampak tak saya tanam garfu? itu adalah untuk mengelakkan kucing atau ayam lepak kat dalam bekas itu. Almaklum la tempat camtu kan diorang suka guling-guling. 

Asal usul benih ini saya dapat dari adik saya yang berlajar di Republic Czech

Jangan tanya saya kenapa dipanggil lobak merah padahal warnanya jingga atau oren. Sebab saya tak tahu la kenapa.

Bagus lobak ini untuk mata. Sebab dia ade vitamin A. Vitamin A dalam lobak antara fungsinya adalah membina pigmen bagi penglihatan pada waktu malam. Itu sebablah mak-mak kita bagi kita makan lobak dari mula kita makan bubur semasa bayi hinggalah sekarang. Dan nak dijadikan cerita anak saya, Lisa saya bagi dia makan bubur yang ada campuran lobak ini, malam-malam dalam bilik tidur yang gelap dia boleh nampak puting dia dimana. Sungguh! Memang betul. 

Bukan mata saja lobak juga anti kanser, boleh kurangkan kolestrol, boleh kurangkan gula dalam badan, mengurangkan risiko sakit jantung dan menbantu penghadaman.

3 comments:

  1. Carrot baja tak boleh banyak nanti subur daun je.
    bagus kira hasilnya ada isi tanam dalam pot lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. ooooo...patutla..yg lain sume lebat daun..ha r seronok tanam carrot..xde banyak masalah..skrg tengah semai benih lagi..

    ReplyDelete