Mula-mula saya tanam pokok Tin adalah dari jenis Red Israel. Lepas itu saya beli Flander.
Tak lama lepas itu saya beli Purple Jordan. Masui D dan Green Jordan. Habis saya keluarkan duit Euro yang saya tabung semata-mata nak beli pokok ini.
Cuma untuk sedapkan hati. Tak apalah. Nak jelajah Europe lambat lagi. pokok ini kalau dah besar ditut boleh dapat berlipat ganda Euronya.
Pada mulanya untuk saya satu pokok dah memadai. tapi yelah bila tengok pokok tin orang macam-macam jenis rasa kita pon nak begitu.
Saya punya pokok kecil lagi belum berbuah.
Selamat datang ke dunia fig / tin.. memang tak cukup dengan satu.. kami pun mengalami masalah yg same..
ReplyDeleteitulah...macam awak pandai semai dari keratan...saya xyakin..so saya beli dari tut..memg mahal la kan berbanding dengan harga keratan beli kat Indonesia..kat sana baru rm10 kat sini berpuluh-puluh beratus-ratus..ermmm!
Deleteassalamualaikum admin.nak tanya kat manaadmindapatkan benih pokok tin tu?harap bgtaw yer
ReplyDeleteWa'alaikummussalam.. Nama Long Jaafar ni macam femes. Dlm fesbuk pokok tin ada nama ni. Tapi dia master. hehehe. Pjg pula mukadimah. ok2. mana nak dpt benih pokok tin? saya beli dengan cikgu fauzan link blog dia ada dlm entry saya title Tin-pokok termahal. Ada satu lagi blog yg jual pokok tin nama blog dia Amanda putri fig.. dan kalau masuk dlm group pokok tin dlm fesbuk awak akan jumpa banyak penjual pokok tin. pilih saje mne yang suka..
DeleteHi Ratu
ReplyDeleteSelepas tanam pokok tin beberapa bulan, sudahkah ia berbuah? Pokok saudari nampak sangat sihat. Saya baru tanam 1 pokok, nampaknya kurus & daunnya berkarat (rust). Agaknya kena tunggu berapa lama untuk ia berbuah?
untuk berbuah tidak mengambil masa yang lama.. 3bln dah boleh berbuah dari pokok yg tanam secara keratan batang., untuk mengeluarkan buah pokok tin perlukan nutrien yg betul..slalu diorg sembur foliar..ade org buat sendiri foliarnye..saya xpandai bab ini..tp awal boleh join group pokok tin atau awak boleh tanya pada cigu fauzan dlm blog yg saya link tin-pokok termahal..
DeleteHi Ratu
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi ambil masa jawab soalan saya. Bila dengar 3 bln, sangat menggalakan! Berapa jenis cultivar yang Ratu miliki sekarang? Saya ada mikhal, green jordan & red israel. saya dengar flanders sgt manis + ada seorang penanam tin (belakang rumah) ada jenis dari xinjiang - saya memang minat- sedang tunggu dia tut sepohon utk saya. saya juga sedang tunggu tut dari jenis spanish rivada (tak tentu spelling betul tak) -kena tunggu selama 6 bulan waiting list. semuanya ditanam dlm pasu krn rumah kecil tak ada tanah. harap usaha berjaya nikmati buah tin segar utk sarapan pagi!!!
wow! awak lebih maju dari saya. saya ada 5-red israel, flander, Green jordan, purple jordan dan Masui D. Ya betul Flander sangat manis. ukuran manisnya sampai 25brix. tp ade lagi tin yg manis seperti gold faiga dan isu everbearing..elok tanam dalam pasu sebab kita boleh kawal air. satu petua ade org tanam dia taruh kulit kerang dalam pasu sebelum dimasukkan tanah. supaya air xmenakung dan lagi satu kulit kerang ade nutrienye kn.
DeleteHi Ratu
ReplyDeleteMinta maaf, ambil 10 hari utk jawab, internet line ada masalah selepas install micro trend antivirus. Ambil peluang ini ucapkan Selamat Hari Raya! Raya dekat mana? Sempat makan buah tin utk buka puasa tak? Berapa pokok sudah berbuah? Mikhal & red israel saya sedang tumbuh dgn baik, sudah tambah daun selepas pindah dari polybag ke pasu besar, sementara green jordan masih sangat lemah, badan dia sangat kurus, macam jari kecil sekali. Toy poodle saya asyik mau makan daun tin, mula2 saya syaki belalang sehingga tangkap dia gigit daun. Semalam pula cari celah2 diantara pasu utk dekati pokok tin, enggan keluar, sembunyi di tengah2 & jerit kuat2 masa saya tangkap dia & lockup. Dia pun tau khasiat dau tin kerana poodle selalu ada masalah gastric & banyak angin diperut dia. Dulu dia suka makan daun kesum tapi bila sudah jumpa pokok tin, dia lebih suka makan daun tin. Ratu boleh maklum email address tak, lebih senang nak communicate melalui email. Berapa harga u bayar utk flander? Sudah cuba tut pokok tin - berjaya tak? Harap terima khabar dari Ratu....Bye
Sudah lupa - email saya: brendachan20@gmail.com
Delete