Tuesday, December 31, 2013

TIN - Pokok Termahal

Assalamualaikum,

Salam bersiaran

Bermula dengan minat maka diterjemahkan melalui usaha-usaha menjejaki beberapa pokok yang agak susah didapati di Malaysia tetapi boleh hidup dalam suasana dan cuaca disini.

Buktinya ialah pokok TIN

Tin?pokok Tin?wattin ni waizaitun?

Ya!..ya pokok Tin.

Agak berapa sangsi bila mereka bertanyakan pokok yang ada di tangan saya.

Ya. Ini pokok tin jenis Red Israel. Pokok tin yang pertama saya dapat.

Pokok ini saya dapat dari Cikgu Fauzan. Harganya memang mahal semahal khasiat buahnya. Buah yang diturunkan dari syurga. baca khasiatnya disini. dan disini

Maaf saya tak dapat masukkan gambarnya disini. Gambarnya akan saya upload di lain entry. Untuk penutup tahun 2013 ini saya tutup dengan pokok yang termahal ini.

Ya. Bila berbicara harganya ia sungguh mahal. anggaran dalam RM150-RM300 sepokok. Terkejut bukan? tapi itulah harganya di Malaysia.

Untuk yang berminat anda boleh dapatkan dalam Facebook group pokok tin. Semua maklumat boleh ditanya pada master-master disitu.

Sekianlah untuk cerita kali ini...jumpa tahun depan!!!

Wednesday, October 9, 2013

MENTEGA

Salam Bersiaran.















Agak asing nama pokok ini dalam kalangan kenalan saya. Tapi sebenarnya pokok ini sudah banyak terdapat si semenanjung. lihat di sini.

Saya selesa panggil pokok Mentega. Sebenarnya ia lebih dikenali sebagai Pokok Kuning Telur. Bacaan Egg Fruit. Kalau ikutkan bacaan pokok ini berasal dari Amerika Tengah dan Mexico bahagian selatan. Di Indonesia juga banyak terdapat pokok ini. Mereka panggil Sawo Matang. Manakala di Philipina diorang panggil Tiessa.

Saya suka buah Mentega. Rasanya seperti avokado. Lemak berkrim. Buat air super duper sedap lah. Untuk lidah saya la. hehehe.


Tukang kebun adalah orang yang pertama yang  memperkenalkan saya dengan pokok ini. Biasalah saya ini memang suka buah-buah sebegini. Teruja la kan.

Ini lah biji buah Mentega. Bagi saya rupanya macam biji durian. Kan? Semai saja dalam masa 3 tahun dah berbuah. Tidak bermusim. Pokok ini sentiasa berbuah. Syok kan. Nanti kalau pokok saya dah berbuah tentu tiap-tiap hari menu saya pai mentega, aiskrim mentega, milkshakes mentega, wah!

Wednesday, August 28, 2013

Ketumbar

Saya nak bercerita bagaimana nak menanam pokok ketumbar melalui pokok dan akar yang kita beli di pasar. Begini.



Biasa kalau kita masak kita cuma ambil daunnya dan akarnya kita buang. Jangan. Lepas ini jangan buang. Ianya boleh ditanam.



 Kalau boleh tinggalkan daun baru untuk menyenangkan pertumbuhan selepas ini.


Rendam dalam air semalaman supaya terjadi pertumbuhan akar.


 Dan esoknya bolehlah ditanam di dalam tanah yang tidak menakung air. Kerana akarnya tidak tahan dengan air yang banyak. Mudah reput.

Radish

Salam bersiaran.

Waktu pokok ini kecil saya ingatkan kailan. Bila diperhatikan daunnya serupa dengan satu pokok itu. saya pon apa lagi bertanyalah pada pakcik google. Ternyata betul tekaan saya. Cherry Belle Radish! 



Terus saya masukkan ubi kedalam tanah.

Sungguh saya tak sangka rupanya senang sahaja menanamnya.

Benihnya saya beli dengan Tukang kebun. Jika anda berminat bolehlah beli dengannya.

Tuesday, August 20, 2013

Berkebun di rumah mak

Salam.

Alhamdullillah kita diberi kesihatan yang baik. Negara yang aman.

Maka kita gunakan lah sebaik mungkin.

Minggu ini adalah untuk membersihkan kawasan tanaman. Almaklumlah hujan saja. Makin galaklah rumput hidup. Hari ini cabut esok naik yang lain. Sabar jela.















ini saja yang sempat saya tanam. ini pon bila baby tido.

Anda pon boleh buat malah lebih banyak dari saya.

Makan sayuran yang bebas dari racun serangga sangat baik. Malah anda akan berpuas hati dan ianya sangat menjimatkan duit belanja dapur.

Lebih baik anda rancang dahulu apa yang hendak ditanam. Dimana hendak ditanam. Dan yang pastinya ainya keperluan dan sayur kegemaran anda.

Monday, August 19, 2013

Cara mendapatkan pokok dan keratan ROSEMARY

Salam.

Tergerak hati nak berkongsi pengalaman menanam herba mat saleh ini.

Saya nak bercerita bagaimana anda nak mencari keratan batang atau pokok rosemary ini dan cara penanamannya.

Rosemary adalah herba yang digunakan dalam masakan mediterranean.

Marinate dengan kambing, daging dan ayam. kadang-kadang mereka masukkan dalam masakan ikan.

Bagaimana nak dapatkanya.

1. Anda boleh cari di Nurseri. Ada sesetengah tempat yang menjual pokok ini. Harganya dalam RM8-RM10 sepokok. Anda mungkin mengalami masalah bila tuan punya kedai kata stok sudah habis. Bila anda datang minggu depannya tuan punya kedai kata order tak sampai lagi. Anda penat untuk tunggu dan menghabiskan masa untuk ke nurseri itu lagi memandangkan jalan pulang dari pejabat bertentangan dengan jalan ke nurseri.

2. Saya cadangkan anda pergi ke AEON yang berhampiran ditempat anda untuk membeli keratan rosemary yang sentiasa ada dijual di bahagian buah dan sayuran. Perhatikan betul-betul anda akan jumpa dengan harga kurang dari RM2. Anda boleh pergi ke Tesco dan Giant tapi saya tak galakan kerana di supermarket tersebut kadang-kadang ada dijual kadang-kadang tak ada.

3. Saya percaya ada daripada anda susah untuk ketempat tersebut. jadi saya cadangkan anda memesan keratan di blog ini. Berhubung dengan empunya blog yang sangat arif tentang tanaman. Anda boleh tanya beliau tentang herba ini. Beliau tak loket ilmu.

4. kalau ada sedara mara ingin berbulan madu ke cameron sila lah pesan dengan mereka. Selalu dekat pasar atau dekat pasar kea farm pasti ada dijual. Ataupun kenalan fesbuk yang update ingin ke sana cepat-cepatlah anda mesej. Jangan pulak kenalan anda itu bawa balik pokok yang salah sudah. Kesat peluh. Senang-senang anda sendirilah pergi berbulan madu kesana.

Haaa. Ini saja yang saya tahu untuk mendapatkan keratan dan pokok herba ini. Diharap ianya membantu anda!

Cara penanaman keratan pula.

Caranya senang saja.

Cucuk tanah (tanah yang kurang menyimpan air) dengan pencil.

masukkan keratan dan tekan tanah bagi mampat. Jangan sesekali gatai tangan menarik keratan ini untuk lihat pecambahan akar. akarnya memang lambat jadi biarkan sahaja sampai ada tunas baru naik.

Siram selalu jika musin panas.

Friday, August 16, 2013

Selasih

 Mula minat tanam selasih adalah bila saya beli SAJI bulan berapa saya tak pastilah. Resepi buat laksa siam mengunakan daun selasih. Saya pernah rasa laksa siam suatu ketika dulu. Sangat sedap.



Jadinya saya tanah biji selasih ini balance dari agar-agar yang saya buat diatas.

tumbuh dengan subur dan sangat senang.

cuma yang saya pelik macam mana nak keluarkan biji selasih dari tangkai?

saya cuba terlalu leceh dan dalam 1kelopak ada 3biji. dan kelopak dia sangat banyak.

saya rasa diorg guna teknik yang sana untuk keluarkan beras dr tangkainya. betul tak?

Buah tangan dari Republic Czech


Adik saya berlajar disana. Pernah saya pau dia untuk biji benih mat saleh ni. yang saya pasti boleh ditanam di sini.

jelasnya


 Hujan lebat pagi tadi sewaktu amik gambar pokok lobak ini.  penyek rupanya.

cuba teka ini pokok apa?


 ye betul! pokok cape gooseberry. tahu tak buahyer macam mana?
ya!ada pada gambar biji benih diatas.

ok sorry. saya tak berjaya semai stoberi dengan biji benih. Satu pokok pon tak hidup.

ubi bit, thyme dan basil saya xtanam lagi. Diorang tengah tunggu giliran.


Thursday, August 15, 2013

KeCINTAan yang tak berbelah bahagi

Si suami ke bolkani nak jemur baju.

Tiba2 dia kelam kabut masuk ke rumah.

Si isteri pelik. Lalu btanya. Kenapa abg? 

Pantas si suami jawab. Abg jumpa harimau kat luar tu. 

Si isteri btambah pelik. Rumah kita tingkt 4 mne de harimau. 

Si suami gelak. kat luar tu cam hutan bkn harimau je yg ada gajah pon ade.




ok. Ini lah apartmen saya. inilah tiap kali saya diperli. tapi saya buat keras jela. Dah minat kan?

Ada 21 pokok yang saya tanam

bendi
kucai
kari
telang
pandan
kunyit
sawi
pudina
pepermint
oregano
rosemary
thyme
selasih
basil
markisa (saya dah hantar kerumah mak)
cili
limau purut
sup
tomato
bawang
Mulberi

Telang oh telang

Kakak, nasi ini biru guna pewarna ape ye?

Bunga telang.

Macam mana rupa bunga telang.

ini dia,










Sudah lama saya perhatikan pokok bunga telang. Pernah lalu disebuah rumah yang merimbun pokoknya. Rasa macam nak ambil biji kekacangnya untuk ditanam. Kalau ambil tanpa meminta itukan berdosa. Jadinya saya tahanlah nafsu untuk biji benih telang ini.

Minggu itu kakak saya balik. Dia bawa biji benih telang. Wah seronok gitu saya. Pe lagi saya pon naman la. Senang tak susah dijaga.

Tapi biasalah rumah apartmen. Abis membebel en suami bila ampaian baju dia tinggal separuh sebab separuh lagi penuh dengan lilitan pokok telang. Hahaha.

Moralnya tanamlah dikawasan lapang ye!