Monday, August 19, 2013

Cara mendapatkan pokok dan keratan ROSEMARY

Salam.

Tergerak hati nak berkongsi pengalaman menanam herba mat saleh ini.

Saya nak bercerita bagaimana anda nak mencari keratan batang atau pokok rosemary ini dan cara penanamannya.

Rosemary adalah herba yang digunakan dalam masakan mediterranean.

Marinate dengan kambing, daging dan ayam. kadang-kadang mereka masukkan dalam masakan ikan.

Bagaimana nak dapatkanya.

1. Anda boleh cari di Nurseri. Ada sesetengah tempat yang menjual pokok ini. Harganya dalam RM8-RM10 sepokok. Anda mungkin mengalami masalah bila tuan punya kedai kata stok sudah habis. Bila anda datang minggu depannya tuan punya kedai kata order tak sampai lagi. Anda penat untuk tunggu dan menghabiskan masa untuk ke nurseri itu lagi memandangkan jalan pulang dari pejabat bertentangan dengan jalan ke nurseri.

2. Saya cadangkan anda pergi ke AEON yang berhampiran ditempat anda untuk membeli keratan rosemary yang sentiasa ada dijual di bahagian buah dan sayuran. Perhatikan betul-betul anda akan jumpa dengan harga kurang dari RM2. Anda boleh pergi ke Tesco dan Giant tapi saya tak galakan kerana di supermarket tersebut kadang-kadang ada dijual kadang-kadang tak ada.

3. Saya percaya ada daripada anda susah untuk ketempat tersebut. jadi saya cadangkan anda memesan keratan di blog ini. Berhubung dengan empunya blog yang sangat arif tentang tanaman. Anda boleh tanya beliau tentang herba ini. Beliau tak loket ilmu.

4. kalau ada sedara mara ingin berbulan madu ke cameron sila lah pesan dengan mereka. Selalu dekat pasar atau dekat pasar kea farm pasti ada dijual. Ataupun kenalan fesbuk yang update ingin ke sana cepat-cepatlah anda mesej. Jangan pulak kenalan anda itu bawa balik pokok yang salah sudah. Kesat peluh. Senang-senang anda sendirilah pergi berbulan madu kesana.

Haaa. Ini saja yang saya tahu untuk mendapatkan keratan dan pokok herba ini. Diharap ianya membantu anda!

Cara penanaman keratan pula.

Caranya senang saja.

Cucuk tanah (tanah yang kurang menyimpan air) dengan pencil.

masukkan keratan dan tekan tanah bagi mampat. Jangan sesekali gatai tangan menarik keratan ini untuk lihat pecambahan akar. akarnya memang lambat jadi biarkan sahaja sampai ada tunas baru naik.

Siram selalu jika musin panas.

No comments:

Post a Comment