Thursday, August 15, 2013

Bendi

Salam bersiaran.

sudah lama tak berblog. Almaklum la sudah ada baby.

Jadi tumpuannya masanya habis untuk membesarkan baby bambam ini. sejak ada baby ini saya duduk dirumah mak. Pengasuhnya ada disini.

Sebenarnya saya bukan stop berkebun. ada. Cuma saya belum update lagi.

Cukup lama tinggalkan blog ini rasa sayang kalau tak bercerita tentang minat menanam saya yang mengila ini.

Pembuka cerita hari ini ialah BENDI.

Senang dah mudah menanamnya. asalkan cukup air cukup cahaya dan baja.




ok yang ini bendi yang ditanam dirumah saya yang apartment itu. tanam dalam pasu agak leceh sebab kene selalu siram memandangkan tahap simpanan air pasu ini hanya tahan 1 atau 2 hari sahaja. Nak diceritakan saya terpaksa balik kerumah selang 2hari. Hanya semata-mata untuk menyiram pokok. Almaklum la kan saya duduk rumah mak saya. Nasib baik la jarak pejabat tidak jauh dari rumah saya.


ini la pasunya..


yang ini bendi yang saya tanam dirumah mak. Satu batas saya tanam awal seminggu lebih. Satu batas baru sahaja ditanam. Agak semak sikit sebab raya kan. masih lagi mood raya. banyak rumah tak ziarah lagi. banyak tak rasa kuih raya rumah orang. hahaha.

Kakak ipar saya risau sebab saya tanam rapat-rapat. Katanya boleh berbuah ke kalau rapat. Saya cakap jangan risau. Rapat itu bukan masalah kalau cukup air dan bajanya. Lepas keluar buah baru lah kakak ipar saya percaya.

itulah bendi saya. Sangat senang menanamnya. Sedap untuk dimasukkan dalam kari dan asam pedas.



No comments:

Post a Comment