Minggu sudah saya beli online dengan tukang kebun pokok mulberi. Lepas 2 hari mulberi dah ade dalam tangan saya. Teruja lah saya!
Nak dijadikan cerita lepas saya dapat pokok mulberi itu saya tergerak hati singgah ke ladang anggur yang ada di Lekir memandangkan perjalanan saya ke rumah ibu saya melalui jalan ke ladang.
Seronok memetik anggur, saya ternampak pokok mulberi. Saya difahamkan di ladang anggur ini juga ada menjual pokok mulberi. Bukan mulberi saja malah apel dari fuji, rasberi dan ceri pon ada di jual. Pokok anggur pon ada dijual. Harganya mengikut jenis anggur. Lingkungan antara 20-40 henget sahaja.
Jadinya saya bukan saja membeli anggur, dengan pokoknya saya sambar. Isabella Madu namanya. Lupe pulak nak tangkap gambar.
Oh sorry.. Cerita mulberi bertukar menjadi anggur. Hahaha.
ini gambar mulberi saya. Thanks Tukang kebun.
Mulberi ini buahnya seakan-akan blackberry, raspberry dan segala macam berry yang ada kat negara mat salleh ini lah. Tapi rasanya masam. Elok untuk ubat darah tinggi. Orang kata elok untuk pengaliran darah dan baik untuk buah pinggang.
ok. Nanti dah berbuah saya update lagi.
buah mulberi cmni ke kak?
ReplyDeleteNanti tunjuklah gambar pokok anggur yang dibeli tu. Bila dah habis berbuah pokok mulberrynya bolehlah pindah satu pokok ke bekas lain. Takut berebut tempat 2 keratan tersebut bila besar.
ReplyDeleteha r dah pindah dah ke bekas lain. pokok anggur nt sy upload ye..
Delete