Friday, March 15, 2013

MULBERI

Minggu sudah saya beli online dengan tukang kebun pokok mulberi. Lepas 2 hari mulberi dah ade dalam tangan saya. Teruja lah saya!

Nak dijadikan cerita lepas saya dapat pokok mulberi itu saya tergerak hati singgah ke ladang anggur yang ada di Lekir memandangkan perjalanan saya ke rumah ibu saya melalui jalan ke ladang.

Seronok memetik anggur, saya ternampak pokok mulberi. Saya difahamkan di ladang anggur ini juga ada menjual pokok mulberi. Bukan mulberi saja malah apel dari fuji, rasberi dan ceri pon ada di jual. Pokok anggur pon ada dijual. Harganya mengikut jenis anggur. Lingkungan antara 20-40 henget sahaja.

Jadinya saya bukan saja membeli anggur, dengan pokoknya saya sambar. Isabella Madu namanya. Lupe pulak nak tangkap gambar.

Oh sorry.. Cerita mulberi bertukar menjadi anggur. Hahaha.

ini gambar mulberi saya. Thanks Tukang kebun.

Mulberi ini buahnya seakan-akan blackberry, raspberry dan segala macam berry yang ada kat negara mat salleh ini lah. Tapi rasanya masam. Elok untuk ubat darah tinggi. Orang kata elok untuk pengaliran darah dan baik untuk buah pinggang.

ok. Nanti dah berbuah saya update lagi.

Tuesday, March 12, 2013

Alpine Strawberry

Saya sangat teruja bila mana dapat menanam pokok yang susah nak dapat. Mungkin pelik kan? tapi itulah hakikatnya bila hidup disaluti dengan rancangan memasak mat salleh.

Keterujaan saya pada pokok stoberi membuatkan saya membeli sepokok pada percutian di Cameron Highland. Dengan harapan dapatlah saya menanam di rumah. Memandangkan rumah saya teduh dari sinaran matahari. Cuma angin kekeringan dari angin yang ada dicameron ini. Kalau kering pon saya fikir kalau kita siram boleh la kan?

Malangnya seminggu saja stoberi ini dapat bertahan. Lepas 3 helai daun baru keluar dan terus mati. Sedih kecewa saya.

Tapi kekecewaan saya berakhir apabila tukang kebun memperkenalkan pada saya stoberi yang diberi nama alpine strawberry. Wow!

Jadi nak diceritakan alpine saya sudah besar.

Taruh dalam sangkar supaya burung tak dapat makan. Masalah saya itulah. Burung, burung dan burung.