Thursday, August 15, 2013

Herba mat saleh part 3

Keterujaan saya pada herba adalah disebabkan minat saya menonton anna olson, jamie oliver, michael smith memasak. Terbaru hugh fearnley dengan rumah agam yang dilengkapi kebun belakang rumahnya. dan good chef bad chef tu yang simple dan best giler!

Herba mat saleh saya ada tiga sahaja. Oregano, thyme dan rosemary.


nampak tak pokok oregano terlindung dengan pokok pudina.



 Thyme. Sayang pokok ini dah pon mati. Sebab cuti raya panjang. Saya tak balik rumah untuk siram. terpaksalah saya beli keratan untuk disemai lagi.




 Oregano ini saya letak ditempat yang kurang mendapat cahaya matahari. Elok subur. Tapi jangan tak percaya oregano ini boleh hidup dalam keadaan yang panas terik.

Saya perhatikan rosemary yang saya tanam ini hitam dihujung daunnya. kebetulan saya terbaca http://www.tanamsendiri.com/2013/07/menyemai-keratan-rosemary.html barulah saya tahu dalam tanah ade kulat. Saya pon kaleh pokok ini ketempat lain.

No comments:

Post a Comment