Friday, April 13, 2018

Ceri Acerola (Barbados)

Salam bersiaran.

Ceri Acerola atau nama lain Ceri Barbados atau gelaran keluarga saya Ceri Masam sudah lama kita kenal. Selalunya di Malaysia, kita lebih mengenali Ceri kampung, Ceri surinam dan Ceri terengganu.
Ceri Kampung atau Ceri Liar-Sumber google
Ceri kampung kebiasaannya tidak ditanam, ianya akan tumbuh sendiri oleh benih-benih yang dibawa oleh burung. 
Ceri Surinam - Sumber Google
Ceri Surinam nampak menarik, buahnya berupa buah asam gelugor versi kecil. Buahnya manis dan pokoknya renek. Sehingga ada yang buat bonzai. Saya ada tanam pokok ini, malangnya tukang paip telah mencangkul pokoknya. Sedih saya.

Ceri Terengganu - Kredit to KBB
Dah namanya ceri terengganu pastinya ianya banyak ditanam di Terengganu. Rasa buahnya manis dan sedikit kelat. Buahnya berupa gugusan anggur atau gugusan buah rambai. 


Pokok Ceri barbados saya yang semakin membesar
Pokok Ceri Acerola
Pokok ceri ini sesuai ditanam dalam iklim tropika jadi tidak hairanlah ianya sesuai ditanam disini. Pokok ini boleh hidup dibawah cahaya matahari terus. 

Sebenarnya nama saintefik pokok ini ialah Malpighia Emarginata sebab dia adalah dari keluarga Malpighiaceae. (Rujuk Wikipedia)
Buah merah dan hijau

Bunga dan buah
Bunganya berwarna pink dan buahnya berwarna hijau (Muda) dan merah bila sudah masak. Bentuk buah seakan-akan buah epal versi kecil. Rasanya buah hijau lebih ranggup dan tidak masam dan buah merah sangat masam. Saya gemar memakan buah hijau. Sebab boleh kunyah dengan bijinya sekali.

Buahnya mengandungi vitamin C yang sangat tinggi.

Pokok ini sentiasa berbuah. Tiada musim. Selalunya selepas musim hujan buahnya akan menjadi lebat. 
Bunga pink

Buah hijau di pokok
Cara Penanaman
Boleh secara tut dan biji benih. 
Pokok dah tinggi dari saya
Saya cadangkan anda menanam pokok ini, ianya menjadi bualan tetamu yang datang. Malah tetamu akan teruja dengan buahnya. Memandangkan pokok di rumah sentiasa berbuah jadinya bertaburanlah jatuh tiada siapa yang makan. Jika ada tetamu kami akan suruh kutip sampai habis.

3 comments:

  1. Ceri Surinam ni kalau tempat gelap dah kena tutup dengan pokok lain, merajuk tak nak berbuah.

    Ceri Barbados buahnya banyak juga tapi tak berapa pula diusik oleh burung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..xde pon burung nak curi2 makan.. Ceri surinam tukang kebun ade jual x?

      Delete
    2. ceri suranam kami tak bekalkan.

      Pokok durian di rumah lindung pokok ceri surinam habis merajuk nak berbuah.

      Delete