Monday, November 26, 2012

Herba Mat Saleh

Thyme



Inilah pokok thyme saya. Saya beli sewaktu makan angin di Cameron Highland hari itu. Untuk beberapa minggu sahaja pokoknya merimbun. Cara penanamannya sangat senang, cuma guna keratan batang. Saya ambil keratan batang yang sudah kehitaman bukan batang yang masih kehijauan. Saya cucuk ke pasu lain dan beberapa minggu saja ianya sudah menampakkan pucuk-pucuk baru. Sangat-sangat mudah untuk membiakkannya.

Thyme ini selalunya digunakan dalam masakan perancis. Biasanya digunakan dalam stew atau sup. Saya selalu masak daging burger saya perisakan dengan thyme. Kalau menonton televisyen masakan kebanyakan saya lihat thyme ini digunakan untuk membuat stew. kalau untuk masakan lain saya kene terokailah dahulu baru saya boleh cerita. hehehe.

Saya ada biakan thyme ini dan satunya saya hantar ke umah ibu saya. Untuk bulan pertama saya lihat perkembangannya sangat memuaskan tapi bila masuk bulan ke 2 ada tanda-tanda daunnya jatuh. Saya perhatikan rupanya ada serangga kala merah. Saya tak tahu la nama serangga itu. tapi ingat tak time kecil-kecil dahulu kita pernah main semut yang kaki dia bercantum dengan kaki semut satu lagi. Ish!saya nak terangkan nt lagi serabut nak faham. Saya panggil ianya serangga lah.

Rupa-rupanya serangga ini makan daun thyme. Bulan ketiga pula thyme saya dah tidak kelihatan di pasu. Tamatlah riwayat dia. Emm sedih.

Nasib baik pokok itu hanya biakan dari induknya. Kalau tak saya terpaksa la mencari balik pokok thyme ini.  Agak takut juga lihat pokok induk ini tanahnya ada semut hitam keluar masuk. Takut semut ini makan akar dia. Tapi bila lihat pokoknya subur saja, banyak tunas-tunas baru, lega jugalah.

Oregano

Inilah pokok kecintaan saya. Beli di blog Tuan Iskandar. Murah saja. Senang hidup. Jangan tak tahu. Guna tanah apa-apa pon menjadi.

Dengan sedikit oregano membuatkan spegeti saya enak tak terkata.

Cara pembiakannya saya pon tak tahu. Saya dapat yang Tuan Iskandar hantar pokok oregano lengkap, ada akar, ada daun dan dibungkus dalam plastik yang dibekalkan air dan oksigen untuk penghantaran selama 2hari itu. Saya tak pasti perlunya letak pokok ini di tempat redup. saya biarkan pokok ini ditempat yang panas. Nyata dia hidup dengan subur.

Kalau nak cerita tahap nutrien, keasidan tanah saya tak tahu pon. Saya cuma tahu masukan tanah yang beli kat nurseri dalam pasu dan tanam pokok ini. Seminggu sekali saya baja. Siram itu bergantung pada keadaan. Jika tanah masih lembab saya akan siram keesokannya.

Projek saya seterusnya ialah untuk menanam rosemary. Belian yang hari itu mati, tak tahu apa puncanya. Samalah dengan belian keratan batang dipasaraya. Semuanya tidak menjadi. Semaian basil amat mendukacitakan kerana baru saja tumbuh burung dah terkam. Samalah dengan pokok pudina saya, dah besar pun tapi mati sebab burung makan daunnya.

Nanti bila saya dah berjaya akan saya upload lagi.

5 comments:

  1. Salam kakakku sayang~

    Cam best pulak tanam2 ni.. rase nak menanam lah! Tp nak tanam bunga.. xde tips nak tanam bunga ker? Huhuhu

    Winter dah masuk, xleh nak tanam apa2.. mesti nnt mati je. Huhu

    ReplyDelete
  2. bunga? ada..petunia akan masuk..tp nak dahulukan pokok2 yang dah berbalis lama ni..mne boleh potong q.sabar yer.

    ReplyDelete
  3. Saya berminat nak tanam.oreganu sbb anak2 memang hantu segala pasta..kalo buat perapan ayam dan dikukus pon sgt sedap..biase gunr yg kering jer..kalo guna yg fresh ni mesti lagi terangkat kan hehe

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii ada.. saya pon hantu pasta.. tanam oregano sangat mudah.. saya beli sepokok di MARDI Cameron Highland ritu sekrg dah merimbun..saya petik dan saya keringkan. Sebenarnyakan kebanyakan chef dia suka pakai yg kering..sebab bau dia lagi kuat bila kering. Agak susah mencari pokok ini di nurseri.. tp mudah mcarinya di CH.. guna keratan batang pon dah boleh hidup.

      Delete
  4. Sy tanam oregano dr keratan beli di TESCO.. murah ke sepaket RM1.20.. skrg ni slps 2 bulan berlalu mmg sgt rimbun
    Basil, sage, thyme & applemint sy beli dr TESCO jugak, guna kaedah sama.. alhamdulillah menjadi belaka
    Rosemary mmg sukar disemai.. Seeloknya beli pokok yg dah kukuh, mmg snang nk jaganya.. Biarkan bwh cahay matahari, & siram kerap jika cuaca terlalu panas

    ReplyDelete