Wednesday, January 15, 2014

Apple

Agak mengarut bila nak menanam epal dalam keadaan cuaca di Malaysia tambah-tambah lagi ditempat saya di Lumut, Perak.

Tapi itulah.

Kerana teringin sangat maka saya pon belilah sepokok epal yang telah digrafted. Berharga RM50. Epal jenis anna.


Hari tu entah macam mana tiba saya ada terbaca satu artikel. Saya pon cubalah menyimpan biji benih dalam peti ais dalam tisu basah. Seminggu selepas itu dah bercambah.

Saya tak sangka pula dia boleh hidup. Sangat cepat membesar. 


 Tapi yang kelakarnya saya lupa ini epal hijau atau epal merah. Terlupa nak labelkan.

Untuk anda yang berminat menanam pokok epal saya sarankan anda tahu untuk mengendalikan pokok ini. Saya sertakan pembacaan di sini dan di sini.

Sebenarnya saya bukan tanam saja-saja. Menghabis duit untuk sebatang pokok. Saya nak buktikan pada mentaliti kominiti saya bahawa pokok ini memang boleh hidup. Malah boleh berbuah dan buahnya manis.

Yelahkan. Pokok saya masih kecil. Nak tunjuk kat orang pon orang tak percaya. Tunggu pokok saya berbuah tentu diorang akan lebih teruja kan?

Percaya atau tidak telah ada yang menanamnya dan telah pun berbuah. Seperti brader ni. kakak kita ini. Dan tentulah cikgu kita ini. Dan ada segelintir yang tidak dihebahkan melalui blog.

Bak kata cikgu kita ini pokok epal yang kita tanam selama 6 bulan ini dah elok untuk digrafted kan. Dia saran kita buat muka kesian dekat pekerja di Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highland untuk diberi batang pokok yang dah matang (berbuah) untuk dicantum dengan pokok kita. Lagi baik kalau pekerja itu mengraftedkannya.

Oklah. Ini sahaja yang saya tahu pasal pokok Epal.

8 comments:

  1. Hi.. Salam kenal dari Indonesia. Saya tertarik menanam apel, tapi dah sebulan dicuba disimpan dalam tisu basah tak namak hasil. Boleh bagi infonya supaya biji bercambah?
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Simplysevly.. saya tak guna apa-apa bahan rahsia. cuma biji benih itu saya letak diatas tisu basah dan disimpan dalam peti sejuk. Dalam seminggu dah keluar akar. Baik awak cuba sekali lagi. Mana tahu kali ini menjadi.

      Delete
  2. As salam..nak tny, anak pokok epal anna tu cik ratu beli dr mana ye? Teringin nak beli tp xtau kat mana nk cari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli disini http://myzajanggur.blogspot.com/search/label/Epal. cari dalam fesbuk pon boleh namanya maizah jalil. dia penjual pokok tin.

      Delete
  3. Oo..ada tgk fb dia..ingatkan jual pokok tin je...tq...=)

    ReplyDelete
  4. Saya dh tnam sekeliling umah... semua anak biji dan satunya dh digraft... pucuknya saya dpt dari buah apple royal gala yg dibeli...

    ReplyDelete
  5. Salam....saya baru cuba nk tanam pokok apple..tadi ada beli apple ada nampak biji apple yg dah keluar sikit akar kecil dekat biji.....saya dah ambik letak dalam tisu basah...kemudian tutup bekas simpan dalam peti ais....nk tanya berapa hari boleh mula tanam biji tu dalam pasu kecil?agak agak boleh berbuah ke?

    ReplyDelete