Monday, November 26, 2012

Kucai

Kucai

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.(copy paste dlm wikipedia)

Haaaa..tu dia.

Kucai ini saya suka tanam. Menjadi kegemaran la. Kalau berpindah kemana-mana saya akan pastikan ianya dibawa. Senang kadang-kadang petang petang teringin cucur goreng boleh gunting terus daunnya. Lagi satu kalau nak goreng ketiau (ejaan senang) tak payah susah-susah mencari daun ini. Selain itu bihun pon boleh untuk masak sayur pun boleh. Sayur yang taruh tauhu dan taugeh itu. Simple bukan.

Cara nak tanam senang saja. Pokok ini tak susah nak jaga. Untuk memperbanyakkan pokoknya cuma cucuk pada akar supaya terputus. Akan tumbuh anak pokok tak lama selepas itu. Untuk baja saya baja seminggu sekali. Siram ikut keadaan.

6 comments:

  1. Kucai ni memang banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  2. kucai yang akak baca dia xmemerlukan cahaya yang banyak dan tanah yg xterlalu kering dan terlalu basah..siram ikut keadaan la..

    ReplyDelete
  3. kucai dekat rumah saya tu sikit macam tu je..tak bercambah.. macam mana nk bagi dia tumbih banyak sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucuk tanah untuk putuskan akar yg bersambung antara kucai..nt akan membiak banyak..

      Delete
  4. Ini salah satu sayur kegemaran saya..selalu beli dlm 2 3 ikat..buat sayur goreng..cuma tumiskan dengan bwg putih+lada api+ ikan bilis atau udang kering..memang best!

    Utk info pemakanan atau kesihatan jemput visit blog saya ye

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete